Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Klik- Klik Di sini juga

Rabu, 23 Disember 2020

Asam pedas ikan merah

#asampedasikanmerah

Cara akak

Tak banyak bahan.. mudah, cepat dan sedap😋😋

Bahan-bahannya

1. Ikan merah bahagian kepala

2. Asam jawa dicampur air

3. Lada kering dikisar halus

4. Lada hitam ditumbuk halus

5. Bunga kantan

6. Daun kesum

7. Bendi

8. Garam

9. Gula

10. Minyak masak untuk menumis


Cara-caranya

Panaskan minyak

Tumis lada hitam sehingga sedikit garing

Masukkan lada kering yang telah direbus, dibuang biji dan dikisar halus

Tumis lada sehingga pecah minyak

Gunakan minyak masak yang secukupnya bagi memastikan lada tidak hangus

Setelah lada pecah minyak

Masukkan ikan.. biarkan seketika

Masukkan air asam jawa untuk menambah kemasaman kuah

Tambah air sehingga ikan tenggelam

Masukkan garam dan gula

Biarkan kuah mendidih

Dan ikan hampir masak

Tambahkan bendi

Biarkan seketika sehingga bendi lembut

Rasa kesedapan kuah 

Cukup rasa masam, manis dan masin

Mengikut kesedapan masing2

Tutup api dan bolehlah dihidangkan

Selamat mencuba😍😍


Isnin, 21 Disember 2020

Peria katak hasil kebun mini

Hasil kali ke 2 peria katak dari pokok hidup segan mati x mau nih😅😅😅


Dah lama juga akak x upload #minigardenshilaromli 

Kat bahagian belakang rumah akak ni

Agak terbiar sebenarnya

P mana ntah minat tu?


Tapi pokok2 nya makin subur

Except peria katak tu lah

Hari tu macam dah nak mati tapi tumbuh lagi dari buah yg pertama

Dah kuning baru akak perasan 

Eh! Ada buah lah

Dah masak campak aje dalm pasu tu..

Ni yg ke 2 akak ambik walaupun buah nya macam bantut

Maybe kena guna psu or bekas yang lebih besar😁😁

#kebunminishilaromli





Khamis, 5 November 2020

Tugasan bila cikgu BDR


Selesai kelas untuk minggu ni

Jumpa lgi minggu depan
Non stop hp treeet.. treet 
Sebab parents hantar tugasan anak2
Bukan x suka guna gc
Tapi ada parents yang kuoata internet tak bape nak ada
Hp nak kena share adik beradik
So akak prefer bagi kerja atau arahan sebegini
Melalui group wasap kels
Tapi arahan tu tetap juga ada dlm gc.. so murid tetap boleh access melalui gc juga
.
Yang penting ilmunya sampai pada anak2 didik dan tugasan dapat dilengkapkan
.
Namun sedih juga bil tugasan untuk murid tahun 6 
Segingga hari ini 5hb 
hanya 7/31 yang menghantar tugasan pada akak
Padahal tugasan tu diberikan pada Ahad 1.11.2020
.
Lgi bersemangat tengok anak2 tahun 1 dan 2 melengkapkan tugasan cikgu.
.
Memang lh tahun ni upsr xde
Tapi jngan lh sampai tugasan mudah pun awak x nak buat
😥😥😥
#donemeluah 
#donemeluahperasaan #donemembebel


 

Rabu, 4 November 2020

Pengeposan untuk along Hazim Ikhwan

Pengeposan kali ke 4 untuk along @hazimikhwan2410 

Yang paling penting kasut tu

Kasut yang along pakai sekarang dah 2 kali dia gamkn tapaknya

Menunggu akak nak g membeli

Pastu ngn susah nak cari stok sebab size 13 macam bapaknya..

Dia request juga nak instant porridge tapi habis plak yang  porridge 

So x pos sekali lah

Minggu depan dapat balik rumah wan ngn tok kan..

Ada rezeki along g beli sendiri lh ye

Yang lain tu cam biasa lah biskut pelbagai jenis

Kalkulator plak along request nak yang warna putih

Pun x de stok

Tak dapat lah akak pos sekali

Semoga esok ada rezeki along dah dapat barang

Kalau tak tunggu ahad lah

Sebab jumaat sabtu cuti...

Ya allah cepat lah lenyap covid durjana ni

Dapat lah along n rakan2 outing spt biasa...


Selasa, 3 November 2020

Tahniah along Hazim Ikhwan

Alhamdulillah

Pagi ni akk dapat berita gembira dari homeroom along

Hazim Ikhwan

TAHNIAH! along🎉🎉

Good luck juga untuk ujian setara 1 bagi semester 2

Mama sentiasa doakan yang terbaik  untuk along

Sentiasa jaga kesihatan

We love u ❤️

.

Terima ksih untuk semua guru2 yg mendidik along ilmu2 komputer ni 🖥⌨️💻🎮

Dari zaman SK belajar TMK

Zaman MRSM

Cikgu2 yang ajar sians komputer

Akak cuma tau along memang minat komputer