Pengikut

Ahad, 15 Februari 2026

REHLAH ODYSSEY 2026

 Simpan kenangan untuk tahun2 akhir angah si MRSM TDI Pontian

Tahun 2026 cukup ber6. Kebetulan along pun masih dalam cuti sem.Dapat lah join sekali

Merasa sekali kenangan nak spm di mrsm.Dulu along jauh. Mama papa x dapat join

Moga angah terus cemerlang

#SPM2026 #10A+





🌿 JEMPUTAN PROGRAM REHLAH ODYSSEY 2026 🌿

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Dengan segala hormatnya, Kami menjemput dan mempersilakan

YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan

*Ibu Bapa Odyssey 2026*

untuk hadir ke *Program Rehlah Kasih Odyssey 2026*, sebuah program yang dianjurkan bagi mengeratkan hubungan serta memperkukuh sokongan ibu bapa demi kecemerlangan anak-anak, berteraskan tema:

*”Strong Support, Strong Results”*

📅 Tarikh: *24 Januari 2026 (Sabtu)*

⏰ Masa: *8.00 pagi – 12.00 tengah hari*

📍 Tempat: *Dewan Gemilang MRSM Tun Dr Ismail*

Kehadiran YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Rabu, 4 Februari 2026

Aktifkan kembali setelah hampir 6 tahun

 As salam semua

Tiba2 hari ni

04 FEBRUARI 2026

Terasa ingin aktif semula dengan blog ni

Adakah akan terlaksana?

Khamis, 8 Jun 2023

Along SPM 2022

 Simpan kenangan result SPM along 2022

Keputusan rasmi keluar pada 8 Jun 2023

Alhamdulillah result nya 9A

Masa nak ambik tu mama dah sms dulu 

So dah tau result sblm along ambik di dewan

Tahniah long

Maka rasminya selesai lah perjuangan along di bumi MRSM BALING selama 5 tahun












Rabu, 23 Disember 2020

Asam pedas ikan merah

#asampedasikanmerah

Cara akak

Tak banyak bahan.. mudah, cepat dan sedap😋😋

Bahan-bahannya

1. Ikan merah bahagian kepala

2. Asam jawa dicampur air

3. Lada kering dikisar halus

4. Lada hitam ditumbuk halus

5. Bunga kantan

6. Daun kesum

7. Bendi

8. Garam

9. Gula

10. Minyak masak untuk menumis


Cara-caranya

Panaskan minyak

Tumis lada hitam sehingga sedikit garing

Masukkan lada kering yang telah direbus, dibuang biji dan dikisar halus

Tumis lada sehingga pecah minyak

Gunakan minyak masak yang secukupnya bagi memastikan lada tidak hangus

Setelah lada pecah minyak

Masukkan ikan.. biarkan seketika

Masukkan air asam jawa untuk menambah kemasaman kuah

Tambah air sehingga ikan tenggelam

Masukkan garam dan gula

Biarkan kuah mendidih

Dan ikan hampir masak

Tambahkan bendi

Biarkan seketika sehingga bendi lembut

Rasa kesedapan kuah 

Cukup rasa masam, manis dan masin

Mengikut kesedapan masing2

Tutup api dan bolehlah dihidangkan

Selamat mencuba😍😍


Isnin, 21 Disember 2020

Peria katak hasil kebun mini

Hasil kali ke 2 peria katak dari pokok hidup segan mati x mau nih😅😅😅


Dah lama juga akak x upload #minigardenshilaromli 

Kat bahagian belakang rumah akak ni

Agak terbiar sebenarnya

P mana ntah minat tu?


Tapi pokok2 nya makin subur

Except peria katak tu lah

Hari tu macam dah nak mati tapi tumbuh lagi dari buah yg pertama

Dah kuning baru akak perasan 

Eh! Ada buah lah

Dah masak campak aje dalm pasu tu..

Ni yg ke 2 akak ambik walaupun buah nya macam bantut

Maybe kena guna psu or bekas yang lebih besar😁😁

#kebunminishilaromli