Dah pun start cuti esok... So sempena CNY ni aku nak wish
Gong Xi Fa Cai kepada sesiapa sahaja yg menyambutnya...
dan yg pasti setiap kali sambutan perayaan CNY ni pasti byk limau mandarin yg ada di pasaran
dan aku pun x terlepas dok makan limau ni sambil tonton TV n update blog
My hubby dapat free dr kilang nya adalah juga hampir 20bj
dan aku jer yg dok mkn sorang2
aku suka yg masam2 manis
jom kita syer apakah kebaikan atau kelebihan limau mandarin nih
Khasiat yang ada di dalam limau mandarin, kandungan Vitamin C yang
tinggi dikatakan mampu melindungi tubuh dari serangan kanser, merangsang
pengaliran darah dan mempercepatkan kesembuhan luka dalaman dan
luaran. Nilai kalsium yg tinggi pula menguatkan gigi dan amat mujarab
meningkatkan ketahan badan terutama tulang dari ancaman penyakit
pereputan gigi dan osteoporosis.
Vitamin B pula merupakan sumber utama mencegah kecacatan bayi dalam
kandungan dan melawan penyakit jantung. Serat tinggi yg larut dlm air
dinamakan pektin telah dibuktikan mampu menahan rasa lapar
disamping dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam darah maka sering
menjadi pilihan bagi produk pelangsingan badan.
Antioksida dapat melindungi kulit dari bahan radikal bebas justeru
melambatkan proses penuaan. Jus limau mandarin dikatakan mampu mengubat
asma, tuberkulosis, demam, penyakit bronkitis dengan merangsang saline
dalam paru-paru untuk melegakan dan mengeluarkan kahak berlebihan dan
melindungi paru-paru dari dijangkiti virus semula. Mujarab mengatasi
masalah penghadaman terutama sembelit dan kronik dispepsia.
limau mandarin menjadi simbol kekayaan bagi masyarakat Cina dimana
dijadikan buah tangan ketika berziarah dalam perayaan Tahun Baru Cina.
Ramuan utama dalam kosmetik dan penjagaan wajah terutama losyen jerawat.