Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Klik- Klik Di sini juga

Isnin, 30 Julai 2012

Dah pun 21 minggu

Hari ni dah pun masuk minggu ke 21... 
so aku copy jer maklumat ni dari babycenter
kalau nanti ada rezeki...
senang leh rujuk sini jer... hehe
Berat bayi sekarang sekitar tiga-suku paun / 360 gram. Selama ini dia diukur dari mercu kepala hingga ke punggung tetapi mula dari masa ini dia akan diukur dari mercu kepala ke tumit. Dan dari mercu kepala ke tumit panjangnya ialah 10.5 inci / 27 sentimeter. Bulu kening dan kelopak mata telah tumbuh sepenuhnya dan kuku jari tangan sudah menutupi hujung jari. 

Bayi anda sekarang boleh mendengar perbualan-perbualan anda. Jika anda bercakap, membaca atau menyanyi kepada bayi anda, dia pasti boleh mendengarnya. Beberapa kajian mendapati bahawa bayi baru lahir akan menghisap dengan lebih kuat apabila anda membacakan buku yang dia pernah dengar semasa dalam kandungan. Jika anda mahu mencuba, ambillah buku dan bacalah dengan kuat. Cuma pastikan yang anda tidak akan keberatan membacanya berulang-kali apabila bayi telah lahir. Ia mungkin akan menjadi cerita sebelum tidur yang paling disukai bayi anda untuk masa yang lama selepas dia dilahirkan. 

Hari-hari kebelakangan ini, anda mungkin merasa lebih selesa. Ini sebenarnya, mungkin masa yang paling menyeronokkan dalam tempoh kehamilan anda. Anda belum begitu besar lagi, dan sakit-sakit yang dikaitkan dengan kehamilan sepertimualkencing kerap dan keletihan sudah hampir hilang sama sekali. Relakslah dan nikmatinya selagi anda boleh. Trimester ketiga akan tiba tak lama lagi dan ia akan membawa sedikit ketidakselesaan kerana anda mengandung bayi yang sudah hampir cukup bulan. 

• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim. 

Ahad, 29 Julai 2012

Salam 9 Ramadhan 1433H

As salam semua.... Semoga semuanya sihat disamping menjalani ibadah puasa seharian... Syukur alhamdulillah hari ni dah pun 9 hari kita semua menjalani ibadah puasa...

Syukur juga Hazim masih bertahan.. kuat macam tak puasa.. melompat2 main ngn Hazmi... sampai aku lak yg dok bising risau takut dia kepenatan... mungkin juga disebabkan Hazim dah mula belajar puasa dr umur 5 thn, jadi ni masuk tahun ke 3... dia kuat ajer... tiap2 pagi nak kejutkan utk bangun sahur pun tak der masalah... rasanya kuantiti nasi yg hazim mkn lg banyak dr aku...

 gambar sahur 4 hari lepas kalau tak silap
stay ceria w/pun sahur

nasinya macam mkn tgh
abaikan pemandangan yg menarik kat belakang tu yer
heheehe
mak yong sekarang yg makin malas...

Seminggu ni juga hanya berbuka n bersahur bersama Hazim je sbb my hubby keje  dr 7p.m. ke 7a.m... sekurang2 nya ada juga berteman...

Aku lak as mak buyung sekarang ni makin kurang selera mkn... makin risau juga tapi nasib baik baby baik jer... aktif bergerak... yg pasti sahur aku tak miss kan.. kang kalau miss sekali ngn Hazim tak bersahur... lagi parah... kesian baby n Hazim...

Bertambah plak dgn keadaan aku yg lemah jer sepanjang bulan puasa ni... baring ajer... so kebykkan juadah berbuka memang my hubby belikan... boleh dikatakan boleh kira baper kali jer aku masak... lebih tepat aku gantung ajer kuali n periku... huhuhu

Time berbuka lagi lah... tak der selera nak mkn nasi... so yg paling aku suka makan time berbuka...
ni ha... mesti beli tapi tak lah selalu... tapi yg ni lah paling banyak aku beli... Laksa Penang

betul2 membuka selera...
tambah plak ngn kuah yg pekat n telur sebiji
memang mabeles...


tak sabar nak menunggu waktu berbuka petang ni coz my hubby ada sama... Selamat berbuka utk semua....

Rabu, 25 Julai 2012

PM umum bonus setengah bulan gaji utk raya 2012... Syukur Alhamdulillah... TQ PM

Semua tanda tanya 1.4 juta kakitgn kerajaan dah terjawab... TQ PM... dapat juga bonus 1/2 bulan gaji... dan minimum RM500 utk kakitgn kerajaan dan juga pesara kerajaan... akan dibayar pada 9 ogos ni... Dan gaji bulan 8 pulak akan dibayar pada 13 ogos...

Syukur Alhamdulillah ada tambahan utk perbelanjaan raya nanti...


nak kepastian jom tengok kat sini.... PM Bagi Bonus sumber dari Berita Harian



Bagi yg belum dapat tunggakan gaji tahunan (kgt) bulan ni... doa2 dapat bulan depan... tambah lg dgn bonus... betul2 raya sakan... hehe

bagi yg dah dapat KGT bersyukur ada lagi tambahan utk bln ni...
tambah2 aku yg terpaksa byr insuran n roadtax kete bln ni... 2 kete serentak... dapat lah bernafas utk baling kampung raya nanti...

Syukur Alhamdulillah... Terima Kasih PM!!!!!!!!!!!!!!!!

Isnin, 23 Julai 2012

perkembangan 20 minggu di bulan Ramadhan

hari ni dah pun genap 20 minggu.... syukur alhamdulillah dapat puasa  2 hari penuh.. tetapi kali ni memang mencabar... berapa kali masa dok masak tu kena stop n duduk jap coz pening n rasa nak muntah... nasib baik baby aktif bergerak... kalau dia diam jer risau juga... harap dapat puasa penuh sebulan dengan dikurniakan kesihatan yg baik... aamiin...

Hari selasa ada appoinment utk monthly check up... kat klinik gomen depan sekolah ja... petang ni plak perlu ke klinik Tampoi utk ambil resul GDM yg dah dibuat sebulan lalu... harap2 tak der yg tak baik... dah call pun nurse... katanya kalau ada kencing manis... nurse dah call utk follow up... harapnya petang nanti dapat result yg baik ajer... dah ambik petang tadi.... syukur alhamdulillah kali ni pregnant tak der kencing manis... tunggu lah bulan ke 7 nanti ada lagi check up utk kencing manis... kena lah minum air gula free lagi... aduyai...

Pada minggu ke 20....


Berdasarkan info dari laman web baby center, perkembangan baby pada waktu ni ialah :

Berat bayi sekarang hampir satu paun / 430 gram, dan dia berukuran hampir 11 inci / lebih sedikit dari 27 sentimeter dari mercu kepala ke tumit, dan sudah terbentuk seperti bayi baru lahir, tetapi kurus, sebab lemak bayinya belum datang lagi. Walaupun beratnya semakin meningkat setiap hari, kulitnya masih kelihatan berkedut-kedut dan dia masih perlu menambahkan berat badannya. Bibir sudah jelas kelihatan dan mata telah terbentuk, walaupun iris (bahagian mata yang berwarna) masih kurang gelap. Pankreas, yang sangat perlu bagi pengeluaran hormon, sedang berkembang dengan baik. 

Pada peringkat yang seawal inipun, tanda-tanda pertama gigi telah tumbuh dalam bentuk kudup-kudup di belakang garisan gusi. Tak lama nanti, bayi anda akan lahir, dan tak lama selepas itu, gigi pertama akan muncul.

Anda mungkin telah bertambah berat badan antara 12 hingga 15 paun / 5.4 dan 6.8 kilogram. Bermula dari sekarang, anda akan menambahkan berat badan secara konsisten, dengan purata lebih kurang setengah paun / 225 gram setiap minggu. Anda mungkin mengidamkan makanan tertentu dan anda mungkin menyedari yang lelehan vagina anda berlebihan (tapi tidak berdarah). Kedua ini adalah perkara normal dalam kehamilan.



kalau nak baca tentang perkembangan bayi dari minggu 1 hingga 40... boleh juga baca kat blog ni...
http://perkembanganjanin.blogspot.com atau kat sini juga http://www.ciklaili.com

Ahad, 22 Julai 2012

Salam Ramadhan & Selamat menjalani ibadah puasa

Hari ni dah 2 Ramadhan... baru berkesempatan nak update blog... Biarlah lambat drpd tak wish langsung kan...

So berkesempatan di bulan yg mulia dan penuh barakah ini... saya ingin memohon maaf kepada semua yg mengenali saya terutamanya ahli keluarga, sahabat, rakan sekerja, rakan2 FB n Blogger....  samada terkasar bahasa dan tingkahlaku secara langsung atau tidak langsung... dan juga segala penulisan saya andai kata ada yg terasa hati atau tersinggung perasaan.... saya memohon kemaafan dari anda/ kamu semua....


Semoga kita semua mendapat berkat di bulan yg mulia ini dan sama2 mendapat kesihatan yg baik agar dapat mengerjakan ibadah dan menambah pahala untuk kita semua... Aamiin...

Semoga Hazim juga dapat berpuasa penuh... Diberikan kesihatan yg baik agar dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna...


Rabu, 18 Julai 2012

Mulai Tahun 2013.. Pelajar boleh bawa handphone, gajet ke sekolah

Pelajar akan dibenarkan untuk membawa telefon bimbit dan IT gajet ke sekolah mulai tahun depan selepas undang-undang dan peraturan-peraturan di bawah Akta Pendidikan 1996 dipinda, kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata hari ini bahawa apa-apa perubahan yang perlu dibuat untuk menggalakkan pendidik dan pelajar untuk menggunakan teknologi maklumat di abad ke-21. Ini selaras dengan langkah untuk melaksanakan pengajaran maya dan program pembelajaran Kementerian Pelajaran – “1Bestari” – di seluruh negara.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, penemuan awal telah menunjukkan pandangan yang berbeza-beza dari pihak-pihak yang berkepentingan seperti pengetua, guru, ibu bapa dan pelajar."
so tak ketinggalan cikgu cikgi kat sekolah panas hari ni berciter sal tahun depan leh bawa handphone n gajet ke sekolah... as a teacher aku memang sangat tidak bersetuju w/pun ada juga kebaikannya... katanya utk keselamatan... tapi bagi aku lebih banyak yg tak ok dr Ok... tapi kalau dah lulus aktanya... harap2 tak der lah tugas cikgu terbeban nak handle kes handphone hilang pulak... harap2 adalah akta yg menyatakan murid tanggung sendiri handphone atau gajet yg hilang.... 

Cuma aku berharap jangan lah jadi cam sketsa dlm kat kartun kat bawah ni... 


dan harapan juga tak der lah yg dok bersms... berFB .. bertwitter... dan segala kemudahan yg ada kat internet sekarang masa cikgu dok bagi penerangan kat depan.. semoga ada akta yg baik2 aja jika kelulusan telah dibuat... biarlah pihak atasan berfikir sehabis baik agar ada kelebihan bagi semua pihak,,, terutamanya cikgu, pelajar dan ibu bapa....

so kat sini aku bagi lah blog2 lain yg turut menulis tentang tajuk panas ini... antaranya jom baca kat
asrafzamani.... mazeermohamad..... urdiyanahnoddy

Selasa, 17 Julai 2012

Tahniah!! Dato' Fazley... Juara Masterchef Celebrity yg pertama

Semalam final masterchef celebriti... nyaris aku tak tengok sbb terlupa langsung... nasib baik tetiba Hazim tukar2 channel coz dia nak tengok kartun...

ngam2 masa dia tukar tuh baru nak start... dari episode pertama aku tak pernah miss... siap record series lagi spy kalau tertinggal, dah record leh tengok smula... dan untuk my hubby juga yg kadang kejanya shift malam... boleh tengok gak kan... hehe

sudahnya semalam kita dah pun tau keputusannya... dan yg pasti ramai dah boleh agak Dato' Fazley akan menang... dengan mewakili dapur barat lawan Angah dari dapur Asia.... memang bersemangat betul Dato' Fazley semalam sampai tercungap2 sbb nya dapur yg dia dapat tu x ok... kesian tau...

Anyway.... Tahniah Dato Fazley juara masterchef celebrity yg pertama.... nak baca apa kata Dato' fazley jom klik kat sini..... Suber dari Berita Harian...

Per pun semuanya adalah cabaran... dan sememang nya dari awal episode sampai lah semalam Dato' Fazley memang konsisten... bestkan tgk cara dia masak...  

Khamis, 12 Julai 2012

++Lempeng @peknga Vs Sambal Bilis++

Dah 3 minggu rasanya tekak mak buyung ni tersa nak mkn lempeng kelapa cicah sambal bilis tapi malasnya nak masak sendiri... cadang nak membeli jer tapi sampai ke hari ni tak juga membeli.. iisskk malasnya aku even tekak sendiri yg nak mkn... nak juga minta my hubby belikan.. tapi sudahnya tak terbeli juga.. sbb tak tau nak beli kat ber... even dah tau tempat menjual tak tau pulak tempat yg menjual tu jual pagi atau setiap masa....  sudahnya tak mkn lagi.. utk pengetahuan korang semua org kedah atau utara panggil lempeng "peknga"... tak tau lah plak kenapa nama tu jadi pilihan... ~~ghhee~~

dah jadi kes mengidam dah ni... coz mak buyung ternampak2 akan kesedapan mkn lempeng kelapa cicah sambal bilis... padahal asalnya aku ni bukan suka mkn pun lempeng atau makanan yg berasaskan tepung cam jemput2 tuh... Tapi ngndung kali ni memang tekak rasa nak mkn mknana ala dolu2 aja... baru ni dah masak n makan pengat pisang... sedap tak terkata...

So pagi tadi bila my hubby p pasar beli sayur n ikan... cepat2 aku pesan belikan kelapa.. kebetulan aku lak puasa hari ni... so merajinkan diri ni masak juga lempeng kelapa n sambal bilis wat juadah berbuka... berjaya juga aku melempeng... rahsianya.. ni lah first time aku melempeng... siap google cari resepi w/pun sonang ja kan nak masak lempeng ni... punya lah jakun nak masak sbb tak pernah nak cuba masak sbb tak der yg nak mkn kat rumah ni... ni pun aku jer lah yg mkn sorang2... my hubby pun keje.. Hazim n Hazmi wat dek jer bila aku offer... huhuhu...

first time melempeng
ada 4 keping ja ikut resepi yg aku google
resepi tu aku tak ingat dpat dr mana coz google byk sgt
sudahnya aku jumpa resepi yg paling senang
2cwn tpung gandum
1 cawan kelapa
sedikit garam dan air
bancuh cam nak wat jempu2 @ cekodok
pastu menggoreng ngn minyak yg sedikit ajer
dah garing angkat lah...
sedap dimkn ngn kari atau pun sambal bilis

 Ni yg aku mkn masa berbuka tadi
2 keping dah pun kenyang
tambah plak ngn sirap laici yg sejuk
memang mabeleslah mak buyung ni makan
teringak ayah kat kg sbb dia sgt suka mkn lempeng utk sarapan
time sahur ayah bila ayah tak berselera nak mkn nasi
mesti mak buat kan lempeng utk ayah
lempeng sekeping cicah kari nak cukup utk ayah

mood rindu aja menjelang Ramadhan
i miss my luvly family
teringak masakan mak yg sedap2
tunggu lah balik raya ni makan puas2

Ahad, 8 Julai 2012

My Way

berhujung minggu kat rumah bersama my hubby, Hazim n Hazmi.... dah lama tak cam ni coz my hubby selalunya OT... tapi this week not his turn... so melepak kat rumah...
sesi melipat kain baju yg dah seminggu bertimbun.... siap juga bila hampir satu jam lbh bertungkus lumus...

sambil tu my hubby buka cd My Way.... baru nak tgk kan... padahal org lain dah lama tengok.... memang citer perang so berperang lah dr mula citer sampai habis.. memang tragis... aku yg x minat ngn sejarah ni memang slow lah nak tangkap jalan citer nih...

dr Jepun sampai ke Rusia, pastu Perancis, pastu Perancis plak kena serang ngn askar US...  memang aku buta sal sejarah perang dunia kedua ni... nasib baik my hubby minat sejarah so ada ada juga yg sudi memberikan penerangan.....

kisah asalnya tentang dua budak lelaki yg suka berlari.... berlarutan ngn perang akhirnya baru tau saper sbnrnya yg wakil Korea untuk acara marathon di sukan olimpik...

jalan citer memang best for me... terutamanya my hubby... peminat setia cerita perang.... saper yg belum tengok tu... kalau berminat ngn kisah perang boleh lah tengok nanti....

selamat berhujung minggu... malam nak tunggu tengok masterchef celebrity.... saper lah yg akan menang n masuk terus ke final nanti... agak korang saper masterchef celebrity yg pertama??

++panas.... panas++

entry panas hari ni.... masa dok menaip entry ni dok memikir nak pos ke tak nak... lastly aku decide nak pos jugak... .... bukan nak cari gaduh... bukan nak cari pasal tapi kompem ada yg terasa punya... hahahha

pastu kompem lagi ada yg takkan tegur aku... nak salam kompem lagi jagan harap... nak tengok muka pun rasanya kompem menyampah... lantak ko lah kan... ada aku kesah!!!!

yg penting aku n my family... happy sokmo... aku ada my hubby... ada anak2 aku.. mak aku ada... ayah aku ada... dua adik2 aku.... yg kompem sayang sangat kat aku, my hubby n anak2 aku... even jauh utara selatan... kasih sayang my family to me, my hubby n anak2 aku sangat2 banyak... tak luak kasih sayang walaupun sedikit... tak kesah pun kalau ada yg nak jeleskan aku even tak suka aku.. anak2 aku pun dia tak suka... ada lagi yg masih sudi menyayangi kami... ramai lagi yg ada.... hahha... puji diri sendiri... kalau tak saper  lagi yg nak pujikan... ghee~~~

aku dah tak kisah kalau ada yg tak suka kat aku... ada adegan hasut menghasut, kata mengata supaya ada yg membencikan aku... aku dah malas nak kesah... ALLAH lebih mengetahui... rasanya tak der pun aku berhutang duit dgn dia n her kroni....



dan yg pasti jika ada yg perasan bagus n cukup matang ngn hidupnya untuk menilai orang lain itu hak dia... dia rasa dia cukup bagus n pandai... ambik lah... lagipun zaman sekarang dunia akhir zaman...  tak selalu orang yg berada di atas itu akan selamanya akan berada di atas... suatu hari nanti andai ALLAH mengizinkan... doa yg teraniaya akan termakbul jua...


bukan aku ingin membalas dendam... tak kuasa dah... lebih baik diam dari banyak berbunyi... tapi jika terlalu berdiam diri dianggap penakut... lagi dipijak2 sesuka hati... hormat antara muda dgn tua... semuanya dah jadi sama rata... yg muda rasa lebih berhak menegur yg lebih tua... mungkin baginya pengalaman hidupnya sudah terlalu banyak... tunnggu dan lihat apa yg akan terjadi pada masa akan datang... kita tidak mengetahui... Allah telah menyusun atur semuanya...


Cuma aku berharap... kasih sayang kami sekeluarga akan kekal dan aman damai sehingga akhir hayat kami...  jadi jom kita amalkan ni ramai... jadikan pendinding... sebab zaman akhir zaman manusia sanggup buat apa sajer untuk kepentingan diri sendiri...

untuk my hubyy, mak, ayah, my sis... terima kasih untuk kasih kamu semua untuk my hubby n paling istimewa untuk Hazim dan Hazmi... thank you... sayang sangat kat anak buah korang yg dok jauh diperantauaan nih... 

tetiba emosi n tak sabar nak balik raya nanti kat kampung... jumpa semua yg menyayangi kami....  Semoga kasih sayang kami berkekalan selamanya......AAMIIN......

Rabu, 4 Julai 2012

++Terima Kasih Kawan @Balqis Nazid++

Jumaat lepas... sambil dok melepak n berblogwalking... sementara my hubby p smbahyang Jumaat... tetiba nampak van pos laju berhenti depan rumah... so dgn selamber jer aku wat dek... lantak lah kan... mana mungkin aku ni nak dapat barang via pos laju... mana lah ada org nak hantar barangkan... punya lah eksen tak kuar langsung p tanya... heheh

last2 aku decide nak kuar lah juga sbb pelik plak bila van tu tak gerak2 dr depan rumah aku... siap hon-hon lagi... so even pintu yg terbuka luas tu aku dok nampak derbar van n kawan dia dok tunggu dalam van... pastu aku nampak... ada makcik sorang tu ambik barang... so aku ngn senang hati... oooo barang mak cik tu rupanya... yakin beb... hehe

Tapi van tu tak bergerak juga... pelik lah lagi sekali... k lah keluar jer lah tanyakan... tak rugi pun... tup2 my hubby dah balik dr sembahyang... nampak dia dok sain terima barang... sekali aku dapat suprise dari seorang kawan... aku dapat ini....

Terkejut n tertanya2 saper lah plak yg hantar barang kat aku nih
?????????????????????
tanda tanya betul...
dah tengok alamat pengirim baru lah tau...
ooooo 
yang hantar tu kawan aku yg dok wat kan facial muka masa dia dok jb dulu
selalu aku call dia wat rawatan resdung kat my house
sekarang ni dia dah pun dok KL
lama sangat dah tak jumpa dia..

sambil dok buka bungkusan tu aku n my hubby dok teka macam2 lah... buku kot... ubat kot... coz masa tu kan ngn sakit ank beranak... dah lah tu bila nak buka... banyaknya balutan ngn surat khabar... memang betul2 suprise tau... hehe... dah selamat buka rupanya dapat ini.... i likeeeee....

FM dr Vietnam dan Bandung
Key chain dr Vietnam
Semuanya cantik2... 
Terima kasih sgt2 coz even aku tak dpt p sana 
tapi my friend bg hadiah ni kat aku kan
dapat tambah koleksi FM aku
terima kasih sangat2...

So mungkin semua tertanya2 gak kan saper lah kawan aku yg baik hati poskan tu dr KL ke Jb... nak bg FM n Keychain tuh.... kalau nak tau lebih lanjut dia pun blogger juga... lagi lama tulis blog dr aku rasanya cuma sekarang ni dah kurang sket sbb dia n chenta hati nya byk wat keje2 amal... so kalau nak sama membantu ngn kawan saya ni...jom singgah blog nia kat sini Balqis Nazid

##terima kasih banyak2 ita wat kan suprise n bg shila barang2 tu... sangat2 suka... 

Isnin, 2 Julai 2012

bila lah nak dapat ni???

Petang Ahad semalam baru dapat jalan2 jap selepas lebih seminggu berkuarantin kat rumah jer.... Syukur Alhamdulillah semua nya kembali sihat... no more vomitting n diarrhoea... akhirnya semua tak yah nak berteman kan baldi n tandas lagi.... Syukur kerana diberikan oleh NYA sihat kembali... aamiin....

So my hubby ajak ke TESCO utk beli groceries yg dah byk kurang @ habis... Sambil  tu lunch terus kat situ... even time sakit pun my hubby selalu ke situ beli bubur ayam yg sedap....

Habis jer shopping, aku ajak my hubby p tengok rumah... dah hampir 2 bulan kami tak menjengah progress rumah yg dah terlajak lebih 1/2 tahun ni... so tgk keadaan jln yg agak ok utk kete masuk... kami decide jer redah @ curi masuk sebenarnya bila tgk tak der pekerja langsung kat area tuh...hehe

So mencari yg mana satu our house.. LOT PTD 60**... akhirnya bertemu juga... puas hati bila dah siap semua... see gambar kat bawah ni

jadi bila tengok pagarnya membenarkan kami masuk
per lagi jom kita serbu...
rupanya wiring semua dah settle pun...

tengok dari luar...
ok lah untuk pertama kali beli rumah kan...
tapi agak frust sbb byk yg nak kena renovate
semua $$$$$$$$$$$$
harap2 dapat kumpul sblm masuk 
bagi menyedapkan hati dan mata memandang
cuma aku berpuas hati sbb kawasan parking tu agak besar... 
kalau betul2 parking muat juga 4 buah kete...

Ni lak kawasan dapur... 
pun aku snap dr luar
agak kecil
makanya $$$$$$$$
untuk besarkan
sbb kat belakang tu ada tanah sket dalam 6 kaki
harap2 aku n my hubby dapat lah kumpul duit
untuk jadikan rumah idaman kami..

ni lak bahagian syiling ruang tamu
see wiring yg dah siap...
jadinya kena tunggu jalan berturap...
pastu tunggu CF yg tak tau bila nak dapat...
dah dapat kunci baru lah leh pasang lampu bagai

akhir sekali see tuan rumah yg dok mengendap
memikirkan bila lah nak dapat kunci ni
hehehe