Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Klik- Klik Di sini juga

Rabu, 23 Disember 2020

Asam pedas ikan merah

#asampedasikanmerah

Cara akak

Tak banyak bahan.. mudah, cepat dan sedap๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

Bahan-bahannya

1. Ikan merah bahagian kepala

2. Asam jawa dicampur air

3. Lada kering dikisar halus

4. Lada hitam ditumbuk halus

5. Bunga kantan

6. Daun kesum

7. Bendi

8. Garam

9. Gula

10. Minyak masak untuk menumis


Cara-caranya

Panaskan minyak

Tumis lada hitam sehingga sedikit garing

Masukkan lada kering yang telah direbus, dibuang biji dan dikisar halus

Tumis lada sehingga pecah minyak

Gunakan minyak masak yang secukupnya bagi memastikan lada tidak hangus

Setelah lada pecah minyak

Masukkan ikan.. biarkan seketika

Masukkan air asam jawa untuk menambah kemasaman kuah

Tambah air sehingga ikan tenggelam

Masukkan garam dan gula

Biarkan kuah mendidih

Dan ikan hampir masak

Tambahkan bendi

Biarkan seketika sehingga bendi lembut

Rasa kesedapan kuah 

Cukup rasa masam, manis dan masin

Mengikut kesedapan masing2

Tutup api dan bolehlah dihidangkan

Selamat mencuba๐Ÿ˜๐Ÿ˜


Isnin, 21 Disember 2020

Peria katak hasil kebun mini

Hasil kali ke 2 peria katak dari pokok hidup segan mati x mau nih๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…


Dah lama juga akak x upload #minigardenshilaromli 

Kat bahagian belakang rumah akak ni

Agak terbiar sebenarnya

P mana ntah minat tu?


Tapi pokok2 nya makin subur

Except peria katak tu lah

Hari tu macam dah nak mati tapi tumbuh lagi dari buah yg pertama

Dah kuning baru akak perasan 

Eh! Ada buah lah

Dah masak campak aje dalm pasu tu..

Ni yg ke 2 akak ambik walaupun buah nya macam bantut

Maybe kena guna psu or bekas yang lebih besar๐Ÿ˜๐Ÿ˜

#kebunminishilaromli