As salam semua
Tiba2 hari ni
04 FEBRUARI 2026
Terasa ingin aktif semula dengan blog ni
Adakah akan terlaksana?
.:It's all about me and my lovely family:.
As salam semua
Tiba2 hari ni
04 FEBRUARI 2026
Terasa ingin aktif semula dengan blog ni
Adakah akan terlaksana?
#asampedasikanmerah
Cara akak
Tak banyak bahan.. mudah, cepat dan sedap๐๐
Bahan-bahannya
1. Ikan merah bahagian kepala
2. Asam jawa dicampur air
3. Lada kering dikisar halus
4. Lada hitam ditumbuk halus
5. Bunga kantan
6. Daun kesum
7. Bendi
8. Garam
9. Gula
10. Minyak masak untuk menumis
Cara-caranya
Panaskan minyak
Tumis lada hitam sehingga sedikit garing
Masukkan lada kering yang telah direbus, dibuang biji dan dikisar halus
Tumis lada sehingga pecah minyak
Gunakan minyak masak yang secukupnya bagi memastikan lada tidak hangus
Setelah lada pecah minyak
Masukkan ikan.. biarkan seketika
Masukkan air asam jawa untuk menambah kemasaman kuah
Tambah air sehingga ikan tenggelam
Masukkan garam dan gula
Biarkan kuah mendidih
Dan ikan hampir masak
Tambahkan bendi
Biarkan seketika sehingga bendi lembut
Rasa kesedapan kuah
Cukup rasa masam, manis dan masin
Mengikut kesedapan masing2
Tutup api dan bolehlah dihidangkan
Selamat mencuba๐๐
Hasil kali ke 2 peria katak dari pokok hidup segan mati x mau nih๐ ๐ ๐
Dah lama juga akak x upload #minigardenshilaromli
Kat bahagian belakang rumah akak ni
Agak terbiar sebenarnya
P mana ntah minat tu?
Tapi pokok2 nya makin subur
Except peria katak tu lah
Hari tu macam dah nak mati tapi tumbuh lagi dari buah yg pertama
Dah kuning baru akak perasan
Eh! Ada buah lah
Dah masak campak aje dalm pasu tu..
Ni yg ke 2 akak ambik walaupun buah nya macam bantut
Maybe kena guna psu or bekas yang lebih besar๐๐
#kebunminishilaromli
Pengeposan kali ke 4 untuk along @hazimikhwan2410
Yang paling penting kasut tu
Kasut yang along pakai sekarang dah 2 kali dia gamkn tapaknya
Menunggu akak nak g membeli
Pastu ngn susah nak cari stok sebab size 13 macam bapaknya..
Dia request juga nak instant porridge tapi habis plak yang porridge
So x pos sekali lah
Minggu depan dapat balik rumah wan ngn tok kan..
Ada rezeki along g beli sendiri lh ye
Yang lain tu cam biasa lah biskut pelbagai jenis
Kalkulator plak along request nak yang warna putih
Pun x de stok
Tak dapat lah akak pos sekali
Semoga esok ada rezeki along dah dapat barang
Kalau tak tunggu ahad lah
Sebab jumaat sabtu cuti...
Ya allah cepat lah lenyap covid durjana ni
Dapat lah along n rakan2 outing spt biasa...