Klik2 TaBuNg UnTuK HaZiM n HaZmi

Pengikut

Klik- Klik Di sini juga

Selasa, 9 Mei 2017

~~Bentan~~

Eloklah tu banyak jalan... kena bentan nanti bukan hang saja pantang lama... suami hang sekali kena 'pantang' " - tok bidan.
👉Ramai ibu ibu yang rasa ada aura 'ultraman' suka buat ni....
"Shud be no problem lah... saye ni dah biasa buat keja keja rumah walaupun pantang... small matter"
4 jam kemudian....
Dijumpai pengsan & badan sejuk semacam...
Tulah dia bentan (bahasa orang kampung) & bahasa doktor kita panggil komplikasi selepas kelahiran.
Kenapa boleh bentan?
Kita yang baru bersalin ni dah banyak keluarkan darah & sedang keluarkan banyak lagi darah kotor.. sometimes ada yang memancut mancut darah tu...
Tenaga dah banyak habis... tapi still kena bagi tenaga (susu ibu) untuk anak... Dalam tengah lemah, buat pula kerja kerja rumah, siap masak & kemas kemas rumah, ditambah pulak terlanggar benda keras.
Sebab tu orang tua tua pesan, jangan jalan banyak. Diorng takut kita terlanggar benda keras. Ibu jari tu! jaga elok elok. kalau langgar objek keras, boleh turun darah & pitam.
Akibat dia, badan akan terasa sejuk macam nak pitam.
Pesan orang tua tu ada sebab. Dia berpesan sebab badan kita tak sembuh sepenuhnya lagi. Ingat, kalau sekali bentan, kita susah nak sembuh cepat, ada yang ambik masa untuk sembuh sampai berbulan.
Yang paling kesian suami.... dahlah 46 hari 'berpantang' sebab wife tak suci... ni kena tambah 'pantang' lagi sebab wife bentan.
Ada banyak jenis bentan.
1. Bentan urat pinggang - Usually terjadi kepada mereka yang bersalin ikut tingkap (caesar). Bagi wanita yang bersalin cara ni kena sangat carefull, pantang dengan elok. Maknanya, masa nak bangun, duduk semua kena slow slow. Jangan gelojoh.
2.Bentan urat peranakan(urat rahim) - Sebab nilah orang tua tua kata jangan buat keja berat & angkat berat masa pantang. Dok diam diam. Kalau tiba tiba masa buat kerja terjatuh macam mana? Ia bukan saja membuatkan anda terpaksa pantang lama... tapi suami pun kena 'pantang' juga.....
3. Bentan urat - bentan ni femes. Ada wanita yang terselamat daripada terkena bentan ni walaupun buat kerja rumah a-z. Tapi kena ingat, sekali kena bentan ni, nak bangun pun susah. Badan akan jadi sangat lemah, bisa bisa urat & sendi badan. Kadang menggigil kesejukan walaupun cuaca panas.
Cara elak bentan :
1. Banyakkan rehat, jangan angkat benda berat. sebenarnya mandikan anak pun kita tak digalakkan buat selagi lemah. Minta ibu atau suami mandikan anak. InsyaAllah Allah akan mudahkan. Jangan risau =)
2. Jaga kebersihan. Kerap tukar pad. 'wap' miss v menggunakan garam & kunyit.
3. Jaga makan - Ni penting.
- Pantang makan sayur kekacang, kobis & terung.
- Pantang makan bergatal (kerang & udang)
- Pantang makan ikan berbisa (ikan pari, ikan terubuk, ikan keli)
- Pantang makan & mencium mangga, jering & petai. Ibu berpantang boleh alami pening berpanjangan sebab ini.
- Pantang minum air sejuk.
4. Pantang 'bersama' suami selagi tak bersih dari nifas. (pantang 46 hari, 60 hari, 100 hari, diterangkan dalam buku 9bulan10hari)
Walaupun orang lain 'kutuk' adat adat berpantang apatah lagi cara kampung, kita sebagai perempuan kena betul betul jaga part ni kalau kita betul betul nak nampak cantik sampai ke tua.
IN Shaa Allah